27 November 2011

Inspirasi Daripada Prof.Dr.Muhaya Muhammad 2

1.Impian kita menjadi Muslim yang mukmin, muhsin dan muttaqin. Semoga kita hijrah kerah muttaqin jangan hanya Muslim pada nama tetapi pakaian dan amalan tidak muttaqin
2.Islam- secara umum ugama sebagai panduan- manual hidup kita. Kalau tersilap manual rosak hidup kita. Iman- fungsi sebagai akar diri kita dimana terletak kekuatan kita iaitu kekuatan spiritual seprti kata barat. Kita ada lebih dari spiritual iaitu iman . Ihsan- MEmbuat kita bersungguh ibadah seolah Allah melihat kita sentiasa. Orang yang rasa dipantau walau seorang diri.
3.Rukun Ugama, Islam Iman dan Ihsan. Islam - apa kita kena buat, Iman- kenapa kita buat =, kerana ALlah perintah dan ada hari akhirat, bila ada ihsan kita akan buat terbaik. Ust Zul Ramli- Jalan Orang Mukmin Tv hijrah. Jom amalkan ini dalamsemua amalan. Setiap amalan yang melawan Islam Kita elakkan
4.Hari ini niat mengejar rancangan TV yang membina keimanan dan minda dan menolong kita di akhirat. Lihat semua rancanagn tv dan rancang atau rekod jika ada fasiliti. Juga rancangan radio. KIta dgr radio dan tonton tv by design. JAga taman minda supaya tidak ada benih racun di masukkan oleh media dan orang lain. Kita ubah sekelililing bukan sekelillng ubah kita
5.MUsuh paling utama kita nafsu kita yang tidak suka perubahan ke arah kebaikan
6.HAri ini kita sibuk meriahkan hawa nafsu dan meracun akal. Ustaz Zul RAmli. Lihat yang mana kita pilih. NAk dapat hidayah istiqamah perlu mujahadah nafsu. Tanpa mujahadah. Jom senaman melawan nafsu tatpi bina akal dan keimanan. Lihat apa interpretasi atas segala post di facebook. JIka lihat keburukan itulah masa depan kita di padang mahsyar
7.Hidayah istiqamah adalah motif utama kita setiap hari. Jadilah orang yang bangkit penuh inspirasi. Kisah di zaman NAbi Muhammad saw oelh UStaz Zul RAmli tanyalah ustaz tv9. MAnakah tangan Ahli syurga. RAsulullah kucup tangan seorang yang kematu tangannya. INi kerana ia bekerja dengan bersungguh. Jom kita ke arah sifat Itqan. LAkuka semua perkara sebaik mungkin. PAra isteri dan suami lakukan peranan sebaik mungkin. Sibuk baikkan diri hingga tak sibuk nak fikir orang lain berubah dulu.
8.CAra kita berfikir adalah hasil dari blue print minda bawah sedar yang dipengaruhi alam sekelililng dan didikan kita. JIka kita berfikir cara yang sama hasil kehidupan kita tetap sama. Kalau nak hijrah harus hijrah minda dan programming kita. Perbuatan kita hasil fikiran. HAri ini jadi pemerhati diri kita sendiri. Lhat cara kita makan senaman bercakap membaca menonton mengevaluasi suasana memberi kritikan atau kasih sayang. NIat untuk mengubah progrmammimg dgn menulis tujuan tepat hidup kita
9.Kunci kepada kebahagiaan ketenangan dan kesihatan dan kekayaan ialah mengambil tanggung jawab atas apa yang berlaku dan berhenti menyalahkan orang lain dan situasi. Jika kita mencari faktor luaran untuk menjustifikasi hasil kehidupan kiat, maka kita TIDAK akan berjaya dan akan sentiasa mempunyai sifat menjadi mangsa. Untuk menukar dunia luaran kita harus tukar dunia dalaman. Boleh guna prinsip ini...
10.Isteri yang merendah diri pada suami dan suami yang menghargai isteri dan sentiasa melihat kebaikan dalam pasangan akan sentiasa bahagia. Berhenti meihat apa kita beri tetapi lihat apa kita dapat.
11.Orang yang Allah beri kesedaran akan berlaku dengan cepat. Hidayah duduk atas ilmu. CAri kawan baik untuk baik. Review facebook friend. KAlau yang lagha yang kita tidak dapat pimpin baik kita delete untuk kita hijrah
12.Untuk hijrah minda untuk tukar kehidupan matlamat kena jelas. hijrah bukan pada benda tapi matlamat yang lebih tinggi. Hidup ini adalah menuju keredhaan Allah. Buat sesuatu untuk lebih baik mesti kerana redha Allah. Tentukan matlamat menuju redha Allah. KEna ada syarat. Kita kena dulu redha pada takdir dan ketentuan Allah. Kena redha terima hukum hakam Allah. Doa kita dapat hidayah berterusan dari Allah. Kompas kehidupan kita mesti menunjuk ke arah hidayah. Orang yg dapat hidayah akan jelas dengan matlamat. USt Zul RAmli
13.Orang yang dibawah limpahan cahaya Allah dan mendapat hidayah harus menolong orang yang masih dalam kegelapan. Jangan sekali menghina orang lain

26 November 2011

DEFINISI FAHAMAN YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM

1.SEKULARISME
Fahaman yang memisahkan nilai-nilai agama dengan kehidupan


2.MATERIALISME
Fahaman yang mempercayai bahawa hanya bendalah yang menyebabkan terjadinya segala sesuatu di dunia ini


3.SOSIALISME
Sistem organisasi yang menganjurkan supaya sumber-sumber kekayaan dijadikan milik negara untuk dinikmati oleh setiap rakyat dengansama rata


4.LIBERALISME
Fahaman yang mahukan demokrasi dan kebebasan dalam kegiatan ekonomi,politik dan sosial.Prinsip mereka adalah:
a)Individu lebih penting dari masyarakat
b)masyarakat wujud untuk individu
c)individu bebas daripada nila-nilai agama


5.KOMUNISME
Fahaman yangmenjadikan faktor pengeluaran dan barang-barang pengguna milik negara atau milik bersama rakyat


6.KAPITALISME
Fahaman atau konsep-konsep yang membawa kepada amalan menindas menzalimi dan menyalahgunakan
tenaga buruh.Segala sektor ekonomi lebih tertumpu dan memberi manafaat kepada sektor swasta


7.ATEISME
Fahaman falsafah yang tidak mempercayai kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Pencipta Alam.Mereka menganggap perkara yang terjadi adalah secara semulajadi

WALI NIKAH DAN WALIMATULURUS

WALI NIKAH
1.Wali nikah terbahagi kepada dua:
a) Wali nasab
 Mereka ini wali keturunan yang terdiri daripada wali mujbir yakni bapa dan datuk dan wali bukan mujbir seperti abang.


b)Wali hakim
Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan seorang wanita.


2.Syarat-syarat wali:
Islam,berakal,baligh,lelaki ,merdeka,bukan dalam ihram haji dan bebas membelanjakan hartanya


3.Susunan wali nikah:
a)  Bapa
b)  Datuk
c)  Saudara lelaki seibu sebapa (abang kandung)
d)  Saudara lelaki sebapa (abang tiri)
e)  Anak saudara lelaki
f)   Bapa saudara
g)  Sepupu lelaki


WALIMATUL URUS
Walimatulurus bermaksud kenduri dan jamuan yang diadakan untuk meraikan sesebuah perkahwinan.Mengadakan walimatulurus hukumnya adalah sunat muakkad.Tujuan utama adalah untuk mengisytiharkan perkahwinan untuk mengelak fitnah dan juga sebagai tanda kesyukuran.Majlis seelok-eloknya dilakukan secara sederhana,tidak ada unsur maksiat dan pergaulan bebas.





PENGERTIAN IMAN

Iman bermaksud membenarkan dalam hati,mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota.Iman merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan seseorang.Seseorang yang memiliki iman yang utuh tidak akan melakukan sebarang dosa kerana takut akan pembalasan Allah swt di akhirat.

Seseorang yang mempunyai iman yang goyah akan mudah diperdaya oleh syaitan untuk melakukan maksiat.Setiap individu muslim bertanggungjawab menjaga imannya agar tidak terpesong daripada jalan kebenaran.

Kategori Iman
  • Iman para nabi dan rasul   - iman yang sentiasa bertambah
  • Iman orang fasik               - iman yang sentiasa berkurang
  • Iman orang mukmin          - iman yang bertambah dan berkurang
  • Iman yang tidak bertambah dan berkurang  - iman para malaikat
Amalan bagi menambahkan iman adalah seperti melakukan kebajikan ,berbuat baik kepada anak yatim,melakukan ibadat wajib dengan sempurna seperti mendirikan solat di awal waktu,melakukan ibadah sunat yakni solat tahajud dan berpuasa,membaca Al Quran setiap hari dan memperbanyakan berzikir seperti bertasbih.

Tanda-tanda orang yang bertambah imanya ,sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan,meningkatkan amal ibadat,memikirkan kebesaran Allah swt,membenci segala bentuk kekufuran dan kemaksiatan,mengasihi sesama manusia semata-mata kerana Allah swt dan mencintai Allah swt melebihi segala-galanya.

30 September 2011

Apakah punca penyakit hasad dan dengki?

Apakah punca utama penyakit HASAD DENGKI?

1.Sombong

2.Terlalu cintakan dunia

3.Persaingan yang tidak sihat

Apakah maksud HASAD DENGKI,GHITBAH dan MUNAFASAH?

1.Hasad dengki
Berharap dan berusaha agar sesuatu nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada
seseorang tehapus,luput dan lupus.

2.Ghitbah
Iri hati,berharap nikmat yang dimiliki oleh orang lain turut dimilikinya tanpa berharap atau bercita-cita nikmat tersebut luput daripada orang lain.

3.Munafasah
Bersaing untuk mencapai sesuatu sebagaimana yang telah dicapai oleh orang lain.

Apakah kesannya?

1.Dimurkai Allah di Dunia dan Akhirat

2.Tidak sempurna Iman

3.Menyerupai sifat orang Yahudi

4.Hidup sentiasa dipenuhi kesedihan berpanjangan

5.Mendapat musibah tanpa mendapat pahala

6.Memecah belahkan masyarakat

7.Tertutup pintu hidayah dan taufik

Rasulullah SAW bersabda;
“Jauhi perasaan hasad kerana dia memakan amalan baik seperti api membakar kayu”
(Riwayat Abu Daud)

Salah satu sifat orang yang bertaqwa adalah tidak memiliki sifat hasad dengki.



Sumber:ms

INSPIRASI DARIPADA PROF DR MUHAYA 1

1.Hati  tidak  boleh  dibedah  dengan  kekerasan .Hati hanya boleh dibedah dengan  iman.

2.Dalam  kehidupan tidak  ada  kegagalan  hanya keputusan  dan  cari solusi

3.Orang yang mencari solusi adalah orang yang pandai bercakap,orang yang hebat,banyak guna fikiran,orang yang berjaya dan luarbisa dunia akhirat.

4.Ingat semua kebaikan orang kepada kita dan ingat semua kejahatan kita kepada orang.

5.Lupakan kebaikan kita kepada orang dan lupakan  kejahatan orang kepada  kita.

6.Kita tidak  gagal setiap kegagalan adalah  feedback .Kita hanya  akan  gagal bila kita berhenti melakukannya.

7.Pencen kubur yang paling berharga adalah anak yang soleh dan solehah.

8.Orang yang baik adalah guru kepada orang yang jahat .Orang yang jahat
adalah  kertas kerja kepada orang yang baik

9.Orang yang tidak gembira tidak boleh mengembirakan orang yang lain

10.Bila nak tidur malam,ingatkan diri sendiri dan ajarlah anak-anak agar membersihkan diri dengan member kemaafan kepada orang lain.

11.Kemaafan itu  seolah-olah kaki yang memijak bunga ros lalu mengeluarkan bau yang harum.

12.Terhakis nya  GENIUS di minda manusia  kerana sikap menegakkan benang basah,tidak boleh menerima teguran dan suka menghukum orang lain

13.Ada 3 emosi yang meracuni manusia iaitu  KEMARAHAN,DENDAM & SESALAN

14.Mengapa kita hendak marah dengan kutukan orang yang hanya 5 minit,marah kita pula bertahun-tahun sebab dendam.Orang yang hebat akan buat tidak tahu bila  dikutuk atau diumpat.

24 September 2011

Mendidik anak dengan kasih dan sayang

Allah Taala melengkapi jiwa atau fitrah insani itu dengan perasaan kasih sayang,yang mana dengan perasaan itu manusia memiliki rasa cinta kepada anak-anak mereka.Lelaki memiliki rasa kebapaan manakala wanita dilengkapi dengan rasa keibuan.Dengan perasaan tersebut manusia memiliki rasa tanggungjawab untuk memelihara,menyayangi dan memerhatikan kepentingan anak-anak mereka.

Jika perasaan yang disebutkan di atas tidak ada pada manusia,maka akan lenyaplah bangsa manusia dari permukaan bumi atau kedua-dua orang tua tidak mampu bersabar dalam memelihara anak-anak mereka.Mereka tidak akan mahu mengasihi,menyayangi,mendidik dan memperhatikan kepentingan-kepentingan rohani dan jasmani anak-anak mereka.

Antara lain tips dalam mendidik dan menghadapi anak-anak dengan penuh kasih dan sayang:-
·         Sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak
·         Jangan sindir mereka
·         Jangan memaki hamun
·         Menghargai kebolehan anak-anak
·         Berminat untuk mengenali teman anak-anak
·         Mengambil berat tentang pelajaran mereka
·         Jangan mementingkan diri sendiri
·         Dapat mengawal diri ketika beremosi atau marah
·         Memahami citarasa anak,terutamanya anak-anak yang meningkat remaja
·         Tidak membawa masalah pejabat atau tempat kerja ke rumah
·         Sering solat berjemaah bersama anak-anak
·         Makan bersama-sama
·         Tidak bakhil atau kedekut kepada anak-anak
·         Menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak

Ketahuilah jika kita membelai anak-anak dengan penuh kasih sayang,sentuhan itu adalah bagaikan lambaian sutera yang menyapu-nyapu wajah mereka dan suara si ibu yang sangat lemah lembut dan penuh kasih sayang itu bagaikan nyanyian bidadari di telinga mereka.

Kelak apabila kasih sayang telah tersebar luas dikalangan umat manusia,maka akan mudahlah untuk mencipta masyarakat perihatin,saling membantu,yang mana sumbernya itu adalah daripada ayah dan ibu,kerana merekalah mula-mula sekali membuka sumber kasih sayang kepada anak-anak mereka.

23 September 2011

Mendidik anak memelihara lidahnya

 Asalamualaikum

Memelihara lidah daripada bercakap kotor,mengumpat,memfitnah,mengeji,mencarut,
mencemuh,mengejek dan menghina orang lain hendaklah menjadi ciri-ciri peribadi dan
amalan seorang muslim.Seorang ibu hendaklah mendidik anak-anak memelihara lidah
mereka sejak kecil lagi.Apabila suatu ketikamereka bercakap kotor,mengumpat atau
mengeji orang lain di hadapan anda,hendaklah ditegur dengan bijaksana. 
Untuk itu hendaklah anda sendiri lebih dahulu menjaga lidah,jangan sekali-kali 
mengejek,menghina mengumpat dan mencemuh orang lain di hadapan anak-anak anda.Kerana sikap dan kelakuan anda akan diteladani oleh mereka kelak.

Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Bukanlah seorang mukmin yang sempurna,orang yang suka mencela dan mengutuk orang,
berperangai jahat dan berakhlak hina."
&
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat,maka hendaklah dia mengatakan
kata-kata yang baik atau lebih baik diam sahaja."

Oleh itu ,ajarkanlah akhlak terpuji kepada anak-anak,tanamkan sifat-sifat mulia lain ke
dalam jiwa mereka seperti jujur,amanah,sabar,toleransi,berkeperibadian yang baik dan
berhati mulia.

Mendidik dengan teladan,lebih berkesan daripada kata-kata.

Insyaallah semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah.

Sekian wassalam

7 SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sumber:RMUTPM

TAZKIRAH IMAM GHAZALI

Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Imam al-Ghazali bertanya (pertama): “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang memberikan jawapan orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ‘mati’. Sebab itu sudah janji Allah s.w.t bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (lihat ayat 185, surah Ali-Imran)

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan kedua: “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang. Lalu Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar, tetapi yang paling benar adalah ‘masa lalu.’
Walau hebat macam mana sekalipun kita, kita tidak boleh kembali kepada masa lalu. Oleh itu, kita harus menjaga hari ini dan hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga: “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Ada muridnya yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar, kata Imam al-Ghazali.
Tetapi katanya, yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah ‘nafsu’ (sila rujuk ayat 179 dari surah al-A’raaf).
Oleh itu, kita harus berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu menjerumuskan diri ke lembah neraka.

Pertanyaan keempat: “Apa yang paling berat di dunia ini?” Ada yang menjawab baja, besi dan tidak kurang yang mengatakan gajah. Semua jawapan benar, kata Imam al-Ghazali tetapi yang paling berat adalah ‘memegang amanah.’ (lihat ayat 72, surah al-Ahzab)
Tumbuhan, haiwan, gunung malah malaikat juga semuanya tidak mampu ketika Allah s.w.t meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima: “Apa yang paling ringan di dunia ini?” Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan dedaun. Semua itu benar, kata Imam al-Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah ‘meninggalkan solat.’
Gara-gara pekerjaan malah keletihan, kita meninggalkan solat.

Pertanyaan keenam ialah: “Apakah yang paling tajam di dunia ini?” Murid-muridnya menjawab dengan serentak iaitu pedang.
Benar kata Imam al-Ghazali, tetapi menurutnya yang paling tajam ialah ‘lidah manusia.’ Ini kerana melalui lidah manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan rakan sendiri.

Sumber tazkirah:internet