WALI NIKAH
1.Wali nikah terbahagi kepada dua:
a) Wali nasab
Mereka ini wali keturunan yang terdiri daripada wali mujbir yakni bapa dan datuk dan wali bukan mujbir seperti abang.
b)Wali hakim
Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan seorang wanita.
2.Syarat-syarat wali:
Islam,berakal,baligh,lelaki ,merdeka,bukan dalam ihram haji dan bebas membelanjakan hartanya
3.Susunan wali nikah:
a) Bapa
b) Datuk
c) Saudara lelaki seibu sebapa (abang kandung)
d) Saudara lelaki sebapa (abang tiri)
e) Anak saudara lelaki
f) Bapa saudara
g) Sepupu lelaki
WALIMATUL URUS
Walimatulurus bermaksud kenduri dan jamuan yang diadakan untuk meraikan sesebuah perkahwinan.Mengadakan walimatulurus hukumnya adalah sunat muakkad.Tujuan utama adalah untuk mengisytiharkan perkahwinan untuk mengelak fitnah dan juga sebagai tanda kesyukuran.Majlis seelok-eloknya dilakukan secara sederhana,tidak ada unsur maksiat dan pergaulan bebas.
No comments:
Post a Comment