23 September 2011

Mendidik anak memelihara lidahnya

 Asalamualaikum

Memelihara lidah daripada bercakap kotor,mengumpat,memfitnah,mengeji,mencarut,
mencemuh,mengejek dan menghina orang lain hendaklah menjadi ciri-ciri peribadi dan
amalan seorang muslim.Seorang ibu hendaklah mendidik anak-anak memelihara lidah
mereka sejak kecil lagi.Apabila suatu ketikamereka bercakap kotor,mengumpat atau
mengeji orang lain di hadapan anda,hendaklah ditegur dengan bijaksana. 
Untuk itu hendaklah anda sendiri lebih dahulu menjaga lidah,jangan sekali-kali 
mengejek,menghina mengumpat dan mencemuh orang lain di hadapan anak-anak anda.Kerana sikap dan kelakuan anda akan diteladani oleh mereka kelak.

Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Bukanlah seorang mukmin yang sempurna,orang yang suka mencela dan mengutuk orang,
berperangai jahat dan berakhlak hina."
&
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat,maka hendaklah dia mengatakan
kata-kata yang baik atau lebih baik diam sahaja."

Oleh itu ,ajarkanlah akhlak terpuji kepada anak-anak,tanamkan sifat-sifat mulia lain ke
dalam jiwa mereka seperti jujur,amanah,sabar,toleransi,berkeperibadian yang baik dan
berhati mulia.

Mendidik dengan teladan,lebih berkesan daripada kata-kata.

Insyaallah semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah.

Sekian wassalam

No comments:

Post a Comment