23 May 2012

WANITA PENCETUS INSPIRASI




Siapakah Profesor Dr.Muhaya Mohammed?

Beliau adalah seorang pembuka minda para wanita.Beliau mengajar melihat sesuatu
dengan mata hati menerusi mata lahiriah.Beliau seorang yang sangat kuat hubungan dengan
Allah.Mempunyai personaliti dan karisma seperti beliau adalah impian kebanyakkan muslimah.
Ucapan beliau dari hati yang ikhlas,suci murni,wajarlah beliau digelar Wanita Pencetus Inspirasi
dewasa ini.
(*Prof Muhaya seorang Pakar Mata di Prince Court Medical Centre KL)

INSPIRASI DARIPADA PROF DR MUHAYA 4


1.Jika kita payah memaafkan dan sentiasa melihat kesalahan cuba audit kesalahan kita pada orang dan adakah kita mahu orang memaafkan kita. Kita hanya akan dapat apa yg kita buat. Dosa dengan manusia yang payah kita nak bawa diakhirat nanti. Jika kita maafkan orang Allah akan buka hati orang maafkan kita, alangkah tenang kita bila tak banyak dosa dgn orang lain. Dosa dgn Allah boleh taubat nasuha tapi dgn manusia harus mereka maafkan kita. Jika hati kita keras agaknya kita dekat dgn neraka atau syurga, Allah sayang atau Allah murka. Malu pada diri ini yg penuh dosa dan hentikan fokus kesalahan orang pada kita tapi fokus kesalahan kita pada orang utk elak kita bajet bagus

2.Setiap orang dari kita dikurniakan kehebatan oleh Allah swt . Hidup dengan kesedaran ini dan fikirkan apa kita boleh buat untuk memberi faedah kepada makhluk Allah. Setiap tindakan kita akan membina atau merusakkan sesuatu. Fikir yang mana satu sedang berlaku setiap kali kita bertindak dalam apa saja situasi.

3.Amalan orang yang masuk syurga tanpa hisab, 1. Apabila dikasari mereka memaafkan, apabila orang memperbodohkan mereka, mereka sabar, madrasah akhlak, tv hijrah. Juga mereka sabar membuat ketaatan dan sabar menahan diri dari maksiat. Jom sama kita belajar sifat sabar dan maafkan semua orang sebelum tidur malam ini.

4.Hari ini hargai diri kita dan insyaAllah kita akan.mula hargai orang lain. Kita adalah ciptaan Allah paling sempurna sebagai insan. Mana boleh tidak berharga. Begitu juga manusia lain. Jom saling menghargai dan menghormati. Mula dengan senyuman dan perasaan kasih sayang kepada semua orang yg kita jumpa hati ini dan lihat bagaimana hari berubah dari hari lain.

5.Tidur awal sebelum 12 amat baik. Kualiti tidur satu jam sebelum midnight sama seperti dua jam lepas midnight.

6.Jom kita tiru sifat pemaaf Rasululullah saw. Niat berakhlak mulia sebagai mengikut sunnah bukan hanya adat atau budaya. Jika kitabpayah memaafkan bayangkan betapa jauhnya kita dari redha Allah

7.Malam ini sebelum tidur, refleksi diri dan audit semua amalan dan bayangkan hari yg lebih baik esuk hari. Maafkan semua orang dan minta maaf pada suami dan isteri kita.

8.Bila kita murnikan semua usaha kita insyaAllah semua akan berjalan dgn baik

9.Beruntunglah mereka yang tamak pada ilmu dan keampunan Allah

10.Takrif ibadah- nama yg melengkapi 4 perkara 1. Lisan-yg mengzahirkan apa dalam hati 2. Kata dalam hati- iktikad dalam hati , 3. Amalan hati- mahabbah- cinta Allah, tawakkal, 4. Amal anggota- kerja dgn anggota eg solat, bantu orang. Tanya apakah ia terbit dari hati yg ikhlas. Jika sayang Islam akan keluar dari lidah. Zaman langit terbuka utk kebaikan dan juga kejahatan. Orang yg hati sudah ada iman. Mesti ada ikhlas dan cinta pada Allah dan Rasullulah. Ustaz Dr Basit

11.Cari ilmu hari ini dan niat semakin dekat dan mendapat kasih sayang Allah. Cuba kurangkan aktiviti lagha dan melihat keaiban orang lain sebaliknya cari aib diri dan betulkan

12.Jika ada masaalah merayu pada Allah bukan manusia. Hentikan meminta orang lain memberi ketenangan pada kita. Carilah ketenangan itu dgn berusaha mengenal Allah. Menangislah dan renung dgn mata hati segala masaalah kita dan ubah sikap dan perbuatan. Orang yg punya lubuk hati akan berfikir dan melihat kuasa Allah dan hikmah dimana mana.

13.Orang yg suka mengumpat akan muflis di akhirat nanti. Jaga lidah kita hari ini

14.Bila kita jauh dari sunnah, tak baca sirah nabi, tidak amali apa yg diajar, kita rasa jauh. Ini sebab kita jauh dari Allah dan rasul. Jom mujahadah

15.Sifat cinta pada Allah adalah kemuncak hidup kita. Semua umat ku akan masuk syurga kecuali yg tak mahu masuk. Mereka ini ialah yg derhaka pada Allah dan rasul. Letak kasih sayang Allah keutamaan kita.

16.Jika kita suka pada kebaikan tanda -Allah sayang pada kita. Ustaz Roslan. Doa supaya kita cinta pada Allah, sayang pada orang alim dan sayang pada amalan yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Manusia yang tidak banyak bermunajat dan berdoa ialah yg bakhil padaNya dan Allah akan bakhil pada nya.

17.Berhati hati dgn sifat inferior superior. Mereka yg rendah harga diri akan berlagak over cari perhatian, buat perkara pelik, cepat marah, selalu nk menang, tak akan mengaku kesilapan, make up berlebihan,pakai keterlaluan utk menutup kurang keyakinan diri. Sama kita audit diri. Orang yg tahu tak bercakap , org yg ada tak tunjuk. Lihat nama difacebook. Jika tidak guna nama asli tanya adakah sebab tidak yakin. Selalunya mereka yg kurang yakin banyak masaalah hidup oleh kerana hubungan dgn orang lain tidak baik, kesihatan tidak baik dan kewangan tidak banyak. Sama refleksi diri. Kalau kasar bahasa kita itulah kita. Bila nama sebenar tak diberi selalunya berani berkata apa saja tanpa tanggung jawab ibarat lempar batu sembunyi tangan.,ambil langkah pertama bertanggung jawab apa yg ditulis. Kalau kita ingin mengkritik lebih baik beri nama sebenar baru beretika. Jom ubah

18.Setiap masaalah dalam minda kita begitu juga solusinya dalam minda kita. So guna minda utk bina kehidupan

19.Memang sifat manusia suka nakrasa dia betul. Bila kita faham ini senang hidup kita. Biar mereka rasa mereka betul , kita setuju aja asal bukan perkara membabitkan syariah dan akidah. Tak rugi kita membenarkan cakap orang. Lagi banyak kita dengar, senyum dan angguk masa bercakap lagi tenang kita rasa

20.Jika kita tidak ada ketenangan dan kebahagiaan jiwa kita tak punya apa apa. Hentikan beli barang branded dan berharga, mula tingkatkan harga diri dengan memberi bukan menerima. Lengkapkan diri dgn ilmu dan buat kebaikan.
21.Tiada orang dapat lihat dari mata kita dan alami kehidupan seperti kita rasa. Oleh itu fahami diri kita dan orang lain

22.Adakah kita mencari solusi atau cari masaalah. Ada manusia yang hidup cari sebab nak marah. KasIhan mereka macam ni. Setiap kali nak marah ambil air minum dan kemam dalam mulut supaya tak boleh bercakap supaya tak keluar kata kesat yang akan disesali

23.Semua guru mulai ajar anak murid supaya mengasihi diri mereka. Ia penting. Kita sibuk ajar matematik dan marah kalau gagal matematik tapi lihat apa imej diri pelajarvkita, setiap kali guru mengutuk atau menghina anak murid mereka telah menempah dosa jariah denagn memasukkan racun dalam minda pelajar dan merendahkan imej diri mereka yg buat mereka lebih nakal dan kurang harga diri. Ini akan membuat mereka tidak menghargai org lain juga

INSPIRASI DARIPADA PROF DR MUHAYA 3


1.Bila ilmu agama meningkat insyaAllah keberanian , kesabaran dan ketenangan meningkat dan sanjungan pada manusia berkurang tetapi takwa kepada Allah bertambah. Jangan kita terlalu suka dan taksub sesama manusia yg lemah tetapi suka dan taksub ajarannya

2.Betulkan persepsi dan keutamaan dalam kehidupan insyaAllah akan berubah kehidupan. kebanyakan manusia bermasaah kerana salah persepsi dan tidak pandai memilih keutamaan

3.Orang yg stress selalunya kerana tidak kuat hubungan dgn Allah dan tidak baik hubungan dgn manusia

4.Semakin usia bertambah kita harus semakin dekat dgn Allah. Orang yg dah mati pun banyak cubaannya. Ujian hanya selesai bila kaki melangkah dala syurga. Orang bijak bukan org yg cerita masaalah difacebook tapi bangun malam dan berdoa pada Allah, insyaAllah akan dapat hidayah selesaikan masaalah. Hentikan mengharap pada manusia. Ustaz Zahazan

5.Amalkan sifat merendah diri. InsyaAllah akan dapat ketenangan

6.Orang luar biasa boleh buat baik pada orang yg buat tak baik padanya- sebaik ukhwah menerima kekurangan sahabat kamu. Ustaz zahazan

7.Hari ini perhatikan sikap kita, hentikan nak label orang dan jaga jgn kita bajet bagus. Tutup kebaikan kita sebanyak mungkin macam mana kita cuba sembunyikan kejahatan. Itulah ikhlas

8.Adakah kita semakin dapat ilmu makin bangga? Sama muhasbah diri. Ustaz zahazan

9.Sama kita perhatikan diri kita hari ini dan hentikan sekejap meihat orang lain. Apa yg kita cakap pada diri dan apa fokus kita. Kita selalu bercakap tentang orang itu mati , kasihan dsb dan rancanagn tv juga fokus pada cara mati dan betapa sedihnya yg ditinggalkan. Apa kata kita fikir apa yang berlaku bila masuk kubur, adakan taman syurga atau kawah neraka. Jika semasa hidup penuh engkar pada Allah kita harus rasa sedih untuk yg meninggal dan renung diri kita apakah nasib kita.

10.Hati yg tenang kerana sentiasa berhubung dgn Allah- ustaz zahazan

11.Memberi nasihat mudah tetapi menerima nasihat payah bagi orang yg ego yg merasa diri sentiasa betul

12.Sesungguhnya dgn mengingati Allah hati akan tenang. Kalau hati tidak tenang tanya diri berapa kali kita ingat Allah

13.Orang Mukmin mesti sentiasa saling menasihati.

14.Tidur awal dan niat akan bangun lebih beriman, takwa, lebih penyayang, lebih sihat lebih bermanafaat. Bayangkan diri kita lebih baik dan bertakwa sebelum tidur

15.Niat datang dari roh kita. Jaga roh kita yg akan berjumpa Allah dgn menjaga niat utk Allah semata mata

16.Manusia akan berbuat apa saja untuk sihat dan sgt takut utk sakit. Apakah tujuan utk sihat. Jika bukan utk mengabdikan diri pada Allah alangkah sia sia hidup ini.

17.Bila kita niat baik insyaAllah akan dapat baik. Apa kah niat kita setiap hari

18.Syurga itu mahal. Tentu sekali kena mujahadah untuk mendapatnya dgn rahmat Allah

19.Bila kita kata payah memang akan payah. Kenapa kata payah nk maafkan dan senang menyimpan dendam. Dimana kita disisi Allah

20.Mulakan setiap hari dengan berfikir yang baik utk, keluarga, masyarakat dan negara. Dalam keluarga tolong seseorang yang merasa rendah diri dengan memberi pujian dan penghargaan. Dalam masyarakat pula kutip sampah yg kita jumpa dan kitar semula sebanyak mungkin. Untuk negara pula doakan mereka yang berkuasa supaya diberi hidayah untuk menjalankan tugas dgn penuh keadilan dan kesejahteraan. Jangan ada komen utk post ini untuk mengutuk sesiapa. Setiap kutukan yang kita lempar akan kembali pada kita semula.

TAHAP IKHLAS KEPADA ALLAH


Amal kebajikan apapun hanyalah laksana patung-patung kosong tanpa roh , tiada ertinya dan tidak bermanafaat sama sekali. Hanya amal ibadah yang mengandungi keikhlasan sahaja diterima oleh Allah SWT di akhirat nanti.

"IKHLAS" mempunyai beberapa tingkatan:

Ikhlasaashul 'Ibaadi.

Maksud ikhlas ini yang terdapat pada sebahagian besar hamba Allah yang melaksanakan amal-amal kebajikan di mana bersih dari dalam hatinya penyakit riya'. Yakni ia beramal bukan mahu menunjuk-nunjuk, bukan ada maksud untuk duniawi seperti mahu dihormati orang atau sebagainya tetapi melakukan amalan dengan mengharapkan balasan pahala dari Allah SWT dan mohon dijauhkan oleh Allah dari segala azab siksa di dunia atau di akhirat. Ikhlas yang begini merupakan keikhlasan tingkat yang terendah dari semua tingkatan keikhlasan.

Ikhlasaashul Muhibbiina.

Keikhasan dalam tingkatan ini adalah di atas nilai keikhlasan Al-'Ibaad. Yang dimaksud dengan keikhlasan Muhibbiin ialah bahawa beramal ibadah itu bukanlah maksudnya kerana mendapatkan pahala Allah dan bukan juga untuk menjauhi dari seksaan dan azab , tetapi tujuan beramal ibadah itu semata-mata untuk membesarkan Allah dan mengagungkanNYA. Sebab itu wali terkenal Rabi'ah Al-'Adawiyah berkata , maksudnya; "Aku tidak menyembah Engkau (ya Allah) kerana takut dari nerakaMU, dan pula tidak menyembah Engkau kerana mengahendaki syurgaMU."

Keikhlasan ditingkatan ini tidak lagi dipengaruhi oleh hawa nafsu untuk dunia atau akhirat. Sekiranya masih lagi mengharapkan kesenangan dan kebahagiaan di hari akhirat maka keikhlasan ini belum mencapai ke tingkatan ikhlasaashul Muhibbiin.

Ikhlasashul 'Aarifiina.

Tingkatan keikhlasan tertinggi, merupakan keihklasan sejati yang tertinggi. Hamba Allah yang beramal diperingkat ini, mereka beramal sudah tidak lagi melihat kepada diri mereka, tetapi tertuju kepada Allah yang maha Esa, baik dalam geraknya ataupun dalam dalam diamnya. Btul-betul merasai pengertian hakiki seperti di dalam kalimat :

" Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi yang Maha Agung."

Tujuan beramal di sini semata-mata untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT. Bermula Tashihul Iradah (memperbaiki tujuan hati supaya menjurus kepada Allah), meningkat kepada Lillaahi Ta'ala adalah sifat setiap ahli ibadah, tetapi ikhlas ditingkatan ini adalah Billaahi Ta'ala, sifat orang yang beribadah semata-mata menuju Allah.

Beza beramal Lillaahi Ta'ala ialah mendirikan dengan baik hukum-hukum lahiriah, dengan beramal Billaahi Ta'ala ialah mendirikan kebaikan yang terkandung dalam hati yang bersih demi untuk tujuan berhampir kepada Allah. Inilah yang dimaksudkan oleh ulamak sufi:

"Betulkan lah amalan anda dengan ikhlas dan betulkan lah keikhlasan anda dengan melepaskan diri dari daya dan kekuatan (makhluk)."

sumber:maj ilm


27 January 2012

MEMBINA KEKEBALAN REMAJA

Oleh: DR. SIDEK BABA

ADA dua faktor utama yang menyebabkan berlakunya kecelaruan di kalangan remaja. Pertama, proses pendidikan dan yang kedua ialah sumber pengaruh di sekitar remaja.

Mendekati remaja menerusi pendidikan perlu bermula pada awal umur lagi. Jangka waktu yang paling kritikal bagi anak-anak mencapai tahap remaja ialah sejak lahir sehingga ke peringkat akil baligh. Akil baligh merupakan puncak suatu proses membentuk manusia yang sudah boleh berdiri atas kaki sendiri. Di peringkat inilah perkembangan kognitif (akal-fikir) berlaku dengan subur yang membolehkan anak-anak membuat tanggapan terhadap sesuatu.

Pada tahap inilah anak-anak mempunyai kesuburan naluri untuk meniru, mencontohi dan meneladani. Pada tahap ini jugalah berlakunya pertumbuhan psikik atau jiwa serta emosi yang menyebabkan anak-anak membina angan-angan, cita-cita dan impian hari depannya.

Sekiranya pertumbuhan dan kesuburan yang sedang berlaku kepada anak-anak tidak didekati dengan ilmu dan keterampilan menerusi watak keibuan dan kebapaan nescaya pembesaran anak-anak bakal mengalami kelompangan yang mudah dimasuki oleh unsur-unsur negatif. Sebab itu penekanan terhadap kepentingan adab, teladan yang baik, kesantunan, budi bahasa, amalan agama mesti bermula pada peringkat awal lagi dengan mengambil pendekatan ilmu. Ilmulah yang mampu memberi kekuatan kepada anak-anak supaya apabila besar nanti ia tidak menyebabkan lahirnya kecelaruan di kalangan mereka.

Oleh itu keterampilan keibubapaan mesti diajar di sekolah-sekolah dan juga di institusi pengajian tinggi (IPT) kerana tanpa keterampilan keibubapaan, proses mendidik anak-anak dan pembangunan keluarga tidak akan berlaku berasaskan ilmu. Malah ilmu yang diajarkan kepada anak-anak baik di rumah mahupun di sekolah atau IPT mestilah ilmu yang sepadu sifatnya.

Pada asasnya manusia memerlukan dua bentuk ilmu bagi kesempurnaan hidupnya. Pertama, ilmu mengurus diri dan kedua, ilmu mengurus sistem. Ilmu mengurus diri banyak merujuk tentang bagaimana diri dikendalikan dengan bijaksana. Pada diri terdapat nafsu dan hati yang banyak mempengaruhi niat dan tingkah laku manusia. Pembentukan faktor-faktor dalam diri memerlukan pemupukan akidah yang kental, adab yang mulia dan akhlak yang terpuji. Manusia yang berjaya mengurus dirinya adalah manusia yang berada dalam batas nafsu mutmainnah dan hati yang sukakan sifat-sifat mahmudah (terpuji). Pengurusan diri banyak bergantung kepada faktor ini.

Ilmu mengurus sistem merujuk kepada ilmu-ilmu mengenai sains, teknologi, vokasional dan ilmu-ilmu kemanusiaan yang sangat diperlukan oleh manusia bagi mengurus sumber-sumber rahmat yang banyak di sekitar diri manusia. Sekiranya wujud integrasi antara ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem, kecelaruan tidak akan timbul kerana apa saja yang manusia lakukan selalu mengambil pertimbangan diri yang insaf tentang tanggungjawab kehambaan dan kekhalifahan sebagai asas pengurusan sekitarnya.

Aspek kedua yang sangat penting bagi mengurangkan kecelaruan kepada remaja ialah wujudnya simbiosis atau keserasian antara apa yang diajar di rumah dan di sekolah diterjemahkan baik dalam masyarakat dan sistem. Pengaruh sekitar dalam konteks masyarakat dan institusinya, sistem dan pendekatan pembangunannya harus selari dengan cita-cita baik keluarga dan pendidik.

Ketika ini banyak masa dibazirkan kerana sesetengah pihak di luar sekolah tidak mengambil kira hasrat pendidik dan ibu bapa terhadap program-program dalam media elektronik dan bahan-bahan dalam media cetak hingga menyebabkan rangsanganrangsangan negatif mudah menjebak jiwa remaja yang kosong dan berada dalam pencarian. Lebih parah lagi pendekatan hiburan dalam bentuk festival tidak menggambarkan kejelasan kegiatan yang mampu mencerminkan nilai-nilai murni hingga menyebabkan remaja terjebak dengannya dan akhirnya wujud kecelaruan selepas itu.

Islam mengambil pendekatan pencegahan lebih baik daripada mengubati. Pencegahan dalam pengertian yang luas ialah usaha-usaha membina dan menyuburkan diri anak-anak dan remaja supaya ada kesediaan yang baik untuk menghadapi zaman dewasa yang cabarannya adalah besar dan lebih kompleks. Sekiranya anak-anak dan remaja dipersiapkan dengan kesedaran, ilmu dan keterampilan yang baik menghadapi zaman dewasanya, pendekatan pencegahan sudah diambil kerana daripada kekuatan diri, ilmu dan akhlak ia bakal menjadi benteng terhadap perkara-perkara yang boleh menimbulkan kecelaruan.

Bayangkan anak-anak bila lahir saja ke dunia kita berikan imunisasi atau kekebalan daripada penyakit measles, hepatitis B atau cacar bagi melindungi jasadnya. Betapa pemikiran anak-anak dan juga emosi serta jiwa anak-anak. Apa bentuk kekebalan yang diberikan untuk menghadapi zaman remaja dan dewasa anak-anak juga mempunyai kekebalan menghadapi pengaruh-pengaruh pemikiran, kebudayaan dan corak hidup yang boleh merosakkan jati diri remaja. Tentunya para remaja sejak awal umur lagi memerlukan input atau pengisian yang serasi dengan proses perkembangan kognitif atau daya fikir dan juga perkembangan efektif atau pembangunan hati dan emosi.

Pada masa kini banyak masa dan sumber kewangan terpaksa disediakan bagi menghadapi kerenah dadah dan AIDS/HIV. Pendekatan yang diambil lebih banyak kepada mengubati penyakit atau masalah. Keadaan yang ada adalah ibarat nasi menjadi bubur. Jumlah yang akan terlibat semakin bertambah sekiranya akar masalahnya tidak diatasi. Akar masalah anak-anak dan remaja ialah kekosongan jiwa dan hati, tandusnya belaian dan didikan ibu bapa, mengalami keciciran di sekolah, suasana sekitarnya terutama rakan sebaya yang tidak membantu dan tarikan-tarikan hiburan untuk mengatasi tekanan dan himpitan menyebabkan mereka terjebak dalam salah laku sosial yang membebankan keluarga, masyarakat dan negara.

Kalau ada pihak yang berpendapat bahawa dengan adanya program-program hiburan yang melampaui nilai-nilai agama dan budaya dalam media elektronik, sajian tulisan-tulisan dan paparan gambar-gambar, soal jawab seksual yang separuh pornografik atau lucah dalam media cetak atas nama kepentingan komersial, bayangkan berapa banyak pula belanja diperlukan bagi mengatasi masalah ketagihan rokok, dadah dan HIV/AIDS yang sedang ditanggung oleh negara kini.

Harus ada pertimbangan yang tulus dan telus bahawa umat Islam kini sedang menghadapi persaingan sengit dalam menentukan survivalnya. Globalisasi yang datang adalah suatu bentuk penjajahan baru yang ingin melakukan proses pembaratan terhadap kita. Ia bermula dengan remaja. Remaja amat mudah terpikat dengan tiga perkara: hiburan, pakaian dan makanan. Pihak Barat menerusi agensi-agensi dagangnya dalam bentuk Transnational Corporation sedang menguasai minda dan minat di kalangan remaja kerana remaja akan merasakan dirinya sebagai moden, maju dan up-to-date. Inilah yang sedang diuar-uarkan kepada mereka. Apabila mereka terpikat dengan tiga perkara ini, kecelaruan akan berterusan dan mereka bukan merupakan aset dalam pembangunan negara yang berasaskan acuan sendiri.

Dalam perubahan dunia yang agak terbuka tidaklah menjadi suatu masalah untuk para remaja memanfaatkan faedah kemajuan dunia yang boleh menyumbang ke arah kemajuan kita sendiri. Syaratnya para remaja harus ada keupayaan menyaring dan menilai secara kritikal dan kreatif terhadap unsur-unsur luar supaya tidak terjebak dengan perangkap perubahan yang boleh merosakkan jati diri dan akhlak para remaja.

Perangkap perubahan secara zahirnya nampak hebat dan canggih. Tetapi para remaja jangan lupa bahawa kadang-kadang perubahan alat dan kecanggihan teknologi tidak semestinya mampu mengekal dan mengembalikan manusia kepada fitrah. Kekuatan kepada alat dan teknologi bergantung kepada keelokan perisian dan program kerana teknologi sering dilihat sebagai alat bukannya matlamat.

Matlamat bagi teknologi ialah setakat mana input, perisian dan programnya mampu memperkasa akal budi remaja dengan menjadikan remaja orang-orang yang bermaklumat, berilmu, terdedah dengan keterampilan yang baik dan akhirnya mendorong remaja untuk cemerlang dalam pendidikan.

BERFIKIR HOLISTIK

Oleh DR. SIDEK BABA

KEHIDUPAN manusia berjalan dalam bentuk sistem. Pada sistem terdapat pula sub-sistem. Pancaindera yang Allah jadikan mempunyai peranan masing-masing. Antara satu dengan lainya saling berkaitan.

Apa yang dilihat, didengar, dihidu, dirasa dan disentuh berkaitan antara satu dengan lain. Dalam diri manusia terdapat akal, hati, nurani dan jasad. Antara satu dengan yang lainnya saling memerlukan. Tanpa salah satu darinya manusia akan jadi pincang.

Kalau diibaratkan tubuh badan, seluruh anggota adalah berkaitan antara satu dengan lain. Sakit salah satu anggota kesannya akan dirasakan oleh seluruh tubuh badan. Hidup juga diibaratkan seperti sebuah kereta. Setiap bahagiannya mempunyai kepentingan dengan yang lain. Sekiranya tayar kereta pecah, kereta tidak boleh berjalan. Oleh itu setiap bahagian darinya adalah saling memerlukan malah saling bergantungan.

Berfikir holistik bermakna berfikir secara menyeluruh. Berfikir secara menyeluruh tidak menyempitkan seseorang dengan hanya melihat satu faktor sebagai sebab terjadi sesuatu. Atau mendapati satu data saja untuk membuat sesuatu kesimpulan. Berfikir holistik membawa kita meneliti, mengkaji dan membuat kesimpulan terhadap sesuatu perkara atau isu berasaskan maklumat dan fakta yang lebih banyak dan menyeluruh.

Ia mampu membimbing seseorang berfikir dengan betul, mencari pendekatan yang tepat dan menghasilkan natijah yang lebih sempurna.

Tradisi Islam adalah tradisi yang holistik. Konsep jemaah membayangkan wujudnya penyertaan yang lebih ramai untuk membina rasa persaudaraan dan ikatan yang lebih kukuh. Pepatah Melayu juga menyebutkan tentang ‘cubit paha kiri, paha kanan terasa’, ‘ibarat aur dengan tebing’, ‘tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi’. Semua ini adalah gambaran pentingnya faktor holistik menjadi pedoman kehidupan.

Remaja Islam amat dituntut berfikir secara holistik. Cabaran faham individualisme, kebendaan, hedonisme (berfoya-foya) yang sedang berkembang pada hari ini adalah cabaran terbesar yang sedang mendepani remaja. Para remaja adalah kelompok yang mudah terpengaruh kerana faktor hiburan, kesukaan, berfoya-foya adalah amat semasa dengan jiwa dan emosi remaja. Tanpa berfikir holistik tentang akibat, jalur perjuangan, ketirisan budaya, hilangnya peribadi dan integriti diri, para remaja akan mudah terjebak dengan perangkap kebebasan, hiburan dan tarikan duniawi yang boleh menyebabkan mereka menjadi mangsa terhadap tarikan realiti.

Berfikir holistik bagi remaja tidak semestinya menolak keperluan hiburan, lagu dan juga menikmati kebebasan sebagai remaja. Sebelum melakukan sesuatu, remaja berfikir panjang terlebih dulu tentang baik-buruk dan akibat yang berlaku sekiranya sesuatu itu dilakukan. Sebelum belajar merokok umpamanya, remaja berfikir tentang akibat jangka panjang amalan tersebut terutama tabiat ketagihan yang terlalu sukar untuk di kikis nantinya. Kemudian mengaitkan rokok dengan amalan sesetengah remaja dengan salahguna dadah.

Ia dikaitkan pula dengan kebebasan percampuran lelaki dan perempuan. Kemudian terjebak dengan amalan seks rambang. Kemudian terjebak dengan penyakit AIDS/HIV atau terperangkap di Pusat Serenti dan kemudian bila terlantar di ranjang hospital, perasaan menyesal yang amat sangat mula timbul. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Ibarat nasi sudah menjadi bubur tidak mungkin bertukar menjadi beras semula.

Potensi

Berfikir holistik tidak saja memberi keinsafan kepada remaja tentang pentingnya kekuatan diri dijaga tetapi memikirkan bagaimana potensi diri dapat dibangunkan. Remaja yang insaf tentang untung nasib bangsa dan umatnya akan sentiasa merasakan hidup ini adalah perjuangan. Perjuangan terhadap memajukan bangsa dan umat masih belum selesai. Oleh itu, mensia-siakan zaman remaja dengan amalan yang merosakkan bermakna menambah lagi beban negara dengan masalah sosial yang parah dan menyebabkan potensi yang baik tidak dibangunkan sebaliknya di peringkat awal umur lagi potensi ini telah dirosakkan disebabkan rangsangan berfikir dan membuat keputusan cara ikut-ikutan dan didorong oleh hawa nafsu keremajaan yang tidak terkawal.

Pendekatan yang sering diambil oleh kita dalam menghadapi sesuatu masalah ialah seperti kata pepatah, ‘sudah terhantuk baru terngadah’ bermakna sudah terkena baru ingat. Selalunya pendekatan yang berlaku dalam kalangan sesetengah remaja ialah buat dulu kemudian menyesal. Berfikir holistik ialah fikirkan dulu baru buat maka tidak timbul penyesalan di kemudian hari.

Lihat saja masalah salahguna dadah ,AIDS/HIV yang sedang berlaku dengan dahsyatnya sekarang amat memerlukan pemikiran yang holistik.

Menawarkan penagih tegar kondom, jarum dan metadon tidak boleh menyelesaikan masalah yang berbangkit. Ia mungkin boleh mengawal penggunaan secara sistematik tetapi tidak ada jaminan ia boleh mengatasi masalah yang berbangkit secara berkesan.

Berfikir secara holistik boleh membawa kita berfikir mengenai dua perkara. Pertama, mengenal pasti akar sebab (root-causes) terhadap amalan ini. Kedua, mencari pendekatan terbaik mengatasinya secara jangka pendek dan juga secara jangka panjang. Akar-sebab utama terhadap amalan salahguna dadah berakibat kerosakan cara berfikir, cara meniru yang berlaku di kalangan remaja. Pemikiran remaja telah rosak atau dirosakkan oleh faktor rakan sebaya dan faktor persekitarannya yang amat kuat merangsang ketirisan peribadi dan harga diri. Ia berkait langsung dengan masalah kemuflisan akhlak yang berlaku dalam kalangan remaja.

Berfikir holistik tidak saja melihat akar sebab terjadinya sesuatu itu tetapi mengambil pendekatan bagaimana sesuatu itu dapat diatasi dengan bijaksana dan secara fitrah.

Dalam tradisi Islam pendekatan pencegahan lebih baik daripada mengubati menjadi kaedah yang terbaik dalam membentuk akhlak manusia. Seorang anak yang baru lahir sehingga berumur 12 tahun diberi suntikan kekebalan (imunisasi) supaya tidak dijangkiti penyakit. Ini bermakna langkah pencegahan diambil terlebih dahulu sebelum virus atau penyakit menyerang. Ternyata pendekatan ini mendatangkan kesan.

Tetapi betapa tentang kekebalan minda dan pemikiran anak-anak. Apakah zaman sebelum akil baligh tidak perlu disuntikkan kekebalan yang berbentuk didikan, asuhan, belaian dan kasih sayang supaya anak-anak menjadi remaja secara fitrah, terhindar dari jangkitan virus minda dan pemikiran yang merosakkan. Atau kalau didekati dengan virus minda pun kekebalan akal dan pemikirannya, mampu menjadikan remaja berfikir holistik tentang baik-buruk sesuatu. Apakah zaman menjelang remaja anak-anak tidak perlu dibekalkan dengan kecelikan dan kecerdasan emosi supaya apabila emosinya stabil membolehkan virus emosi dihadapi dengan bijaksana.

Fokus pendidikan Islam sentiasa menekankan kepentingan akhlak dibina. Anak-anak yang sejak kecilnya dibina dengan nilai adab, hormat, malu, sayang dan penyantun bakal menjadi anak-anak yang berbudi. Faktor ini apabila ditambah dengan binaan pemikiran yang sihat berasaskan ilmu yang fitrah sifatnya bakal menjadikan anak-anak yang stabil pemikiran, emosi dan amalannya.

Berfikir holistik dalam konteks pendidikan anak-anak memerlukan langkah pemerkasaan diri tidak saja dengan contoh peribadi teladan tetapi dengan nilai-nilai cemerlang dalam ilmu, keterampilan dan juga amalan.

Berfikir holistik boleh memimpin remaja menjadi orang yang berpandangan jauh, tidak gopoh dalam membuat penilaian dan keputusan, tidak berfikir secara serpihan tetapi melihat sesuatu secara totaliti atau menyeluruh, berfikir secara futuristik dan diimbangi dengan maklumat, data dan fakta yang lebih seimbang. Berfikir secara holistik tidak saja menjadikan remaja seorang yang berhemah tetapi memiliki kualiti sebagai pemimpin masa depan kerana jenis cabaran pada masa depan adalah jauh lebih canggih.

Pembiasaan terhadap pemikiran holistik sejak awal umur boleh memberi kesan baik terhadap remaja kerana apabila menempuh alam dewasa dan menerima tanggungjawab yang pelbagai, berfikir secara holistik boleh memandu seseorang saksama, strategik dan bijaksana dalam mendepani masalah dan menyelesaikannya.

27 November 2011

Inspirasi Daripada Prof.Dr.Muhaya Muhammad 2

1.Impian kita menjadi Muslim yang mukmin, muhsin dan muttaqin. Semoga kita hijrah kerah muttaqin jangan hanya Muslim pada nama tetapi pakaian dan amalan tidak muttaqin
2.Islam- secara umum ugama sebagai panduan- manual hidup kita. Kalau tersilap manual rosak hidup kita. Iman- fungsi sebagai akar diri kita dimana terletak kekuatan kita iaitu kekuatan spiritual seprti kata barat. Kita ada lebih dari spiritual iaitu iman . Ihsan- MEmbuat kita bersungguh ibadah seolah Allah melihat kita sentiasa. Orang yang rasa dipantau walau seorang diri.
3.Rukun Ugama, Islam Iman dan Ihsan. Islam - apa kita kena buat, Iman- kenapa kita buat =, kerana ALlah perintah dan ada hari akhirat, bila ada ihsan kita akan buat terbaik. Ust Zul Ramli- Jalan Orang Mukmin Tv hijrah. Jom amalkan ini dalamsemua amalan. Setiap amalan yang melawan Islam Kita elakkan
4.Hari ini niat mengejar rancangan TV yang membina keimanan dan minda dan menolong kita di akhirat. Lihat semua rancanagn tv dan rancang atau rekod jika ada fasiliti. Juga rancangan radio. KIta dgr radio dan tonton tv by design. JAga taman minda supaya tidak ada benih racun di masukkan oleh media dan orang lain. Kita ubah sekelililing bukan sekelillng ubah kita
5.MUsuh paling utama kita nafsu kita yang tidak suka perubahan ke arah kebaikan
6.HAri ini kita sibuk meriahkan hawa nafsu dan meracun akal. Ustaz Zul RAmli. Lihat yang mana kita pilih. NAk dapat hidayah istiqamah perlu mujahadah nafsu. Tanpa mujahadah. Jom senaman melawan nafsu tatpi bina akal dan keimanan. Lihat apa interpretasi atas segala post di facebook. JIka lihat keburukan itulah masa depan kita di padang mahsyar
7.Hidayah istiqamah adalah motif utama kita setiap hari. Jadilah orang yang bangkit penuh inspirasi. Kisah di zaman NAbi Muhammad saw oelh UStaz Zul RAmli tanyalah ustaz tv9. MAnakah tangan Ahli syurga. RAsulullah kucup tangan seorang yang kematu tangannya. INi kerana ia bekerja dengan bersungguh. Jom kita ke arah sifat Itqan. LAkuka semua perkara sebaik mungkin. PAra isteri dan suami lakukan peranan sebaik mungkin. Sibuk baikkan diri hingga tak sibuk nak fikir orang lain berubah dulu.
8.CAra kita berfikir adalah hasil dari blue print minda bawah sedar yang dipengaruhi alam sekelililng dan didikan kita. JIka kita berfikir cara yang sama hasil kehidupan kita tetap sama. Kalau nak hijrah harus hijrah minda dan programming kita. Perbuatan kita hasil fikiran. HAri ini jadi pemerhati diri kita sendiri. Lhat cara kita makan senaman bercakap membaca menonton mengevaluasi suasana memberi kritikan atau kasih sayang. NIat untuk mengubah progrmammimg dgn menulis tujuan tepat hidup kita
9.Kunci kepada kebahagiaan ketenangan dan kesihatan dan kekayaan ialah mengambil tanggung jawab atas apa yang berlaku dan berhenti menyalahkan orang lain dan situasi. Jika kita mencari faktor luaran untuk menjustifikasi hasil kehidupan kiat, maka kita TIDAK akan berjaya dan akan sentiasa mempunyai sifat menjadi mangsa. Untuk menukar dunia luaran kita harus tukar dunia dalaman. Boleh guna prinsip ini...
10.Isteri yang merendah diri pada suami dan suami yang menghargai isteri dan sentiasa melihat kebaikan dalam pasangan akan sentiasa bahagia. Berhenti meihat apa kita beri tetapi lihat apa kita dapat.
11.Orang yang Allah beri kesedaran akan berlaku dengan cepat. Hidayah duduk atas ilmu. CAri kawan baik untuk baik. Review facebook friend. KAlau yang lagha yang kita tidak dapat pimpin baik kita delete untuk kita hijrah
12.Untuk hijrah minda untuk tukar kehidupan matlamat kena jelas. hijrah bukan pada benda tapi matlamat yang lebih tinggi. Hidup ini adalah menuju keredhaan Allah. Buat sesuatu untuk lebih baik mesti kerana redha Allah. Tentukan matlamat menuju redha Allah. KEna ada syarat. Kita kena dulu redha pada takdir dan ketentuan Allah. Kena redha terima hukum hakam Allah. Doa kita dapat hidayah berterusan dari Allah. Kompas kehidupan kita mesti menunjuk ke arah hidayah. Orang yg dapat hidayah akan jelas dengan matlamat. USt Zul RAmli
13.Orang yang dibawah limpahan cahaya Allah dan mendapat hidayah harus menolong orang yang masih dalam kegelapan. Jangan sekali menghina orang lain

26 November 2011

DEFINISI FAHAMAN YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM

1.SEKULARISME
Fahaman yang memisahkan nilai-nilai agama dengan kehidupan


2.MATERIALISME
Fahaman yang mempercayai bahawa hanya bendalah yang menyebabkan terjadinya segala sesuatu di dunia ini


3.SOSIALISME
Sistem organisasi yang menganjurkan supaya sumber-sumber kekayaan dijadikan milik negara untuk dinikmati oleh setiap rakyat dengansama rata


4.LIBERALISME
Fahaman yang mahukan demokrasi dan kebebasan dalam kegiatan ekonomi,politik dan sosial.Prinsip mereka adalah:
a)Individu lebih penting dari masyarakat
b)masyarakat wujud untuk individu
c)individu bebas daripada nila-nilai agama


5.KOMUNISME
Fahaman yangmenjadikan faktor pengeluaran dan barang-barang pengguna milik negara atau milik bersama rakyat


6.KAPITALISME
Fahaman atau konsep-konsep yang membawa kepada amalan menindas menzalimi dan menyalahgunakan
tenaga buruh.Segala sektor ekonomi lebih tertumpu dan memberi manafaat kepada sektor swasta


7.ATEISME
Fahaman falsafah yang tidak mempercayai kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Pencipta Alam.Mereka menganggap perkara yang terjadi adalah secara semulajadi

WALI NIKAH DAN WALIMATULURUS

WALI NIKAH
1.Wali nikah terbahagi kepada dua:
a) Wali nasab
 Mereka ini wali keturunan yang terdiri daripada wali mujbir yakni bapa dan datuk dan wali bukan mujbir seperti abang.


b)Wali hakim
Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan seorang wanita.


2.Syarat-syarat wali:
Islam,berakal,baligh,lelaki ,merdeka,bukan dalam ihram haji dan bebas membelanjakan hartanya


3.Susunan wali nikah:
a)  Bapa
b)  Datuk
c)  Saudara lelaki seibu sebapa (abang kandung)
d)  Saudara lelaki sebapa (abang tiri)
e)  Anak saudara lelaki
f)   Bapa saudara
g)  Sepupu lelaki


WALIMATUL URUS
Walimatulurus bermaksud kenduri dan jamuan yang diadakan untuk meraikan sesebuah perkahwinan.Mengadakan walimatulurus hukumnya adalah sunat muakkad.Tujuan utama adalah untuk mengisytiharkan perkahwinan untuk mengelak fitnah dan juga sebagai tanda kesyukuran.Majlis seelok-eloknya dilakukan secara sederhana,tidak ada unsur maksiat dan pergaulan bebas.





PENGERTIAN IMAN

Iman bermaksud membenarkan dalam hati,mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota.Iman merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan seseorang.Seseorang yang memiliki iman yang utuh tidak akan melakukan sebarang dosa kerana takut akan pembalasan Allah swt di akhirat.

Seseorang yang mempunyai iman yang goyah akan mudah diperdaya oleh syaitan untuk melakukan maksiat.Setiap individu muslim bertanggungjawab menjaga imannya agar tidak terpesong daripada jalan kebenaran.

Kategori Iman
  • Iman para nabi dan rasul   - iman yang sentiasa bertambah
  • Iman orang fasik               - iman yang sentiasa berkurang
  • Iman orang mukmin          - iman yang bertambah dan berkurang
  • Iman yang tidak bertambah dan berkurang  - iman para malaikat
Amalan bagi menambahkan iman adalah seperti melakukan kebajikan ,berbuat baik kepada anak yatim,melakukan ibadat wajib dengan sempurna seperti mendirikan solat di awal waktu,melakukan ibadah sunat yakni solat tahajud dan berpuasa,membaca Al Quran setiap hari dan memperbanyakan berzikir seperti bertasbih.

Tanda-tanda orang yang bertambah imanya ,sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan,meningkatkan amal ibadat,memikirkan kebesaran Allah swt,membenci segala bentuk kekufuran dan kemaksiatan,mengasihi sesama manusia semata-mata kerana Allah swt dan mencintai Allah swt melebihi segala-galanya.