27 July 2011

Sabar Menolak Kemungkaran

Assalamualaikum.

Cabaran terbesar kepada umat Islam pada hari ini adalah untuk menolak kemungkaran yang berada di hadapan mata.Semua itu memerlukan kesabaran yang jitu.Hanya orang yang benar-benar beriman kepada Allah sahaja yang mampu bersabar dalam semua keadaan kerana mereka mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku kepada dirinya adalah kehendak Allah.Demikianlah orang yang taat,tidak akan berasa susah untuk mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.Imanlah yang menyebabkan kita mampu bersabar untuk menolak kemungkaran atau tidak.Justeru setiap orang Islam perlu memiliki iman dan sabar pada tahap yang paling tinggi untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa.


Sabarlah dalam bersabar,kerana sabar itu indah dan janji Allah SWTganjaran kepada orang yang bersabar adalah Syurga.


-Wasalam-

26 July 2011

'Uzlah penawar penyakit hati

Penyakit-penyakit hati ini timbul disebabkan mengikut tabiat kemanusiaan yang terjadi dari mendekati atau menjalankan sesuatu yang bertentangan dengan kebaikkan, cenderung pada memperkenankan kehendak hawa nafsu, bahkan juga terjadi dari rasa sayang dan cinta kepada alam lahiriah sehingga dapat melalaikan untuk melaksanakan ta'abud dan ibadat dengan sempurna kepada Allah SWT.

Untuk mengubati penyakit hati. Jalan yang paling bermanafaat adalah melalui 'uzlah. 'Uzlah ialah menjauhkan diri untuk tidak bergaul dengan orang-orang yang menurut kaca mata agama dan akhlak adalah tidak baik untuk bergaul dengan mereka.

'Uzlah ialah menjauhkan diri untuk tidak bergaul dengan orang-orang akhlaknya kurang sempurna. Contohnya, orang-orang yang sering tidak mengerjakan apa yang agama ajarkan, sering melanggar larang-larangan yang telah Allah tetapkan.

Yakni menjauhkan diri kita dengan orang-orang yang tidak bersolat, selalu mengerjakan yang haram, sering berbohong, mencela orang lain, dan sebagainya. Jika kita bergaul dengan mereka sedikit sebanyak pasti akan membawa pengaruh tidak baik juga kepada kita. Melainkan jika pendirian kita sudah cukup kuat dan tidak mudah terpengaruh, dan berusaha untuk menarik mereka kepada jalan yang Allah redai.

Apabila kita menjauhkan diri daripada manusia-manusia yang tidak baik, maka kita akan pasti selamat dari akhlak-akhlak dan pengaruh-pengauh yang tidak sihat.  Terpelihara agama kita dan terpelihara diri kita dari aneka perselisihan dan perebutan duniawi, juga dari segala macam-macam kejahatan dan ftnah-fitnah.

Menjauhkan diri dari bergaul dengan manusia-manusia yang tidak baik adalah bermacam-macam coraknya menurut kekuatan keimanan kita.

Apabila kita tidak kuat bergaul dengan mereka dan payah untuk kita memisahkan diri dari mereka, maka wajib bagi kita berpindah tempat ke daerah , di mana kita boleh jauh dari pengaruh-pengaruh itu. Kerana itulah para ulama dan hamba Allah yang soleh selalu memilih tempat tinggal di pinggir-pinggir kota atau daerah pergunungan untuk memencilkan diri.

Rasullulah SAW sendiri pun, sebelum menerima wahyu pertama, suka ber'uzlah sendiri di Bukit Nur, terdapatnya Gua Hira'.tujuannya memisahkan diri dari masyarakat yang sering melakukan maksiat. Rasullulah ber'uzlah ,bertafakkur kepada alam lahiriah demi melihat kebesaran Allah dan memperdalamkan makrifat kepada NYA.

Rasullulah SAW telah bersabda dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Sa'ad bin Abu Waqqash:

bermaksud; " Sesungguhnya Allah cinta kepada hambaNya yang taqwa , yang bersih (dari segala penyakit hati) lagi yang menyembunyikan dirinya (demi menjauhkan diri dari pengaruh-pengaruh yang tidak baik.)

Maka dengan ber'uzlah, demi memisahkan diri, InsyaAllah semua yang bersifat tercela dapat dihindari. Menghindari diri dari melakukan sifat tercela ini juga merupakan ibadah  yang paling besar nilainya dari ibadah-ibadah besar yang lain.

Dengan berfikir, kita dapat melihat segala penyakit hati, segala tipu daya syaitan terhadap diri kita, dan segala pengaruh duniawi yang telah menjauhkan kita dari jalan-jalan ibadah yang sempurna.

Apabila segala perkara ini dapat kita lihat dan sedari, maka kita akan berusaha untuk mencari jalan bagaimana untuk menjauhkan diri, InsyaAllah makrifat kita kepada Allah SWT akan terus bertambah mantap.


'Uzlah terbahagi kepada 2 :
i) 'Uzlah dengan hati dan diri.
Yakni menjauhkan hati dan diri kita dari segala makhluk. Menyendiri di tempat yang sunyi.

ii) 'Uzlah dengan hati saja.

'Uzlah begini , tubuh jasmani tetap bergaul dengan manusia. Hatinya hanya kepada Allah, tubuhnya bergaul dengan masyarakat. 'Uzlah tingkatan ini adalah 'uzlah orang yang dapat menyelamatkan imannya dan agamanya, meskipun bergaul dengan sesiapa sahaja.


Kesimpulannya apabila kita ingin supaya kita bersih dari dosa-dosa lahiriah dan seluruh penyakit hati, maka wajiblah kita 'uzlah dan hijrah dari makhluk, sama ada dengan hati dan tubuh. Pilihlah mana yang lebih sesuai dengan kekuatan kita semata-mata kerana Allah SWT.

Sumber:Internet

MENGENAI 4 PERKARA

Empat perkara untuk sihat
Makan daging
Memakai haruman
Kerap mandi
Berpakaian yang diperbuat daripada kapas

Empat perkara melemahkan badan
Terlalu banyak mengadakan hubungan kelamin
Selalu cemas
Banyak minum air ketika makan
Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
Duduk menghadap qiblat
Bercelak sebelum tidur
Memandang yang hijau
Berpakaian bersih

Empat perkara yang merosakkan mata
Memandang najis
Melihat orang dibunuh
Melihat kemaluan
Membelakangi qiblat

Empat perkara menajamkan fikiran


Tidak banyak berbual kosong
Rajin bersugi
Bercakap dengan orang salih
Bergaul dengan ulama’

IMAM SYAFIE


Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf. 

Beliau dilahirkan di Ghuzah iaitu nama sebuah kampung di Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Mekah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu kerana urusan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Mekah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadis-hadis Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadis serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Mekah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Iraq, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membahagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.
Imam Syafie merupakan salah seorang tokoh ahli fiqah yang sangat terkenal dalam agama Islam selain daripada Imam Ahmad Hambal, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah. Ilmu fiqah yang dibawa oleh Imam Syafie adalah satu zaman perkembangan ilmu fiqah dalam sejarah perundangan Islam. Hal ini kerana beliau yang menghimpun atau menyatukan ilmu fiqah, ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqah, ahli akal dan hadis.

Ilmu fiqah Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan. Ini kerana ilmu fiqah yang menetapkan cara atau peraturan untuk memahami al-Quran dan hadis. Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya.

Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqah.
Imam Syafie telah memberikan pedoman yang boleh kita kongsi dan hayati bersama agar amalan dan kehidupan kita menjadi lebih berkualiti.

Sumber:Internet

19 July 2011

KEADAAN NERAKA JAHANAM

Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka.

Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: “Ya Tuhan kami selamatkanlah.”

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:“Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”

Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan  dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.

MARI BERDAKWAH

Hari demi hari, keadaan umat dilihat tidak menampakkan kemajuan dari segi penghayatan agamanya yang mengundang kekhuatiran dan kebimbangan kepada mereka yang sentiasa mengambil berat nasib umat ini.

Gejala-gejala yang entah dari mana datangnya menjadi amalan harian para remaja kita. Budaya hedonisme yang melampau seolah-olah umat ini tidak memikirkan kematian selepas kehidupannya.

Gaya hidup manusia yang mendaulatkan materialistik dan bertuhankan hawa nafsu semata-mata telah mencampak jauh prinsip ketauhidan kepada Tuhan yang satu. Apa yang paling membimbangkan rosaknya akidah umat yang membawa kepada kemurtadan yang merupakan jenayah yang paling besar terhadap agama.

Melihat kepada senarai yang panjang ini, membuatkan kita berfikir sendirian, apakah yang telah terjadi kepada umat ini? Di manakah pegangan agama mereka sehingga mereka terjerumus ke dalam kerosakan yang maha hebat ini dan banyak lagi persoalan-persoalan yang menuntut kita berfikir dan bermuhasabah kembali nasib yang menimpa umat di akhir zaman ini.

Kunci kepada segala permasalahan ini adalah kegagalan semua lapisan umat untuk menghayati ajaran Islam yang sebenar serta kecuaian umat dalam menggalas tugas sebagai daie ilallah penyeru kepada agama Allah.

Kegagalan institusi agama dalam melaksanakan tugasnya serta menyampaikan ajaran Islam yang tulen, kegagalan institusi keluarga dalam mendidik anak-anak dengan acuan Islam.

Kegagalan institusi masyarakat dalam membimbing masyarakat berpandukan ajaran Islam serta kecuaian pihak-pihak yang berwajib menyediakan persekitaran yang membenihkan rasa keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

Maka kegagalan dan kecuaian yang berpunca dari kelesuan dalam menghayati dakwah inilah yang membawa kepada kesan negatif kepada umat keseluruhannya.

Oleh yang demikian setiap entiti masyarakat perlu bangkit dari kelesuan ini. Seterusnya menyusun usaha dalam menghayati dan melaksanakan tugas dakwah berpaksikan kepada kekuatan, kapasiti dan dimensi kemampuan masing-masing.

Apa yang penting, setiap muslim walau apa kedudukan dan gelarannya menjadikan dakwah sebagai agenda hidupnya yang paling penting.

JUSTERU…

Tanggungjawab mempersembahkan ajaran Islam dalam apa jua bentuk dan memperkenalkan Islam dengan wajahnya yang tulen kepada manusia sejagat adalah tugas hakiki yang harus dilaksanakan dengan penuh kesungguhan oleh seluruh umat Islam.

Jika kita membuka dan menyorot isi kandungan al-Quran, terdapat banyak sekali nas yang menyentuh persoalan dakwah serta tanggungjawab umat Islam dalam menjayakannya.

Antaranya firman Allah yang mafhumnya, Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Ali-Imran: 104)

Daripada ayat ini, amat jelas kepada kita satu perintah Allah supaya umat Islam membentuk diri mereka dan menjadi umat atau kelompok manusia yang sentiasa menyeru kepada kebaikan iaitu Islam, menyuruh melakukan yang makruf dan mencegah dari berlakunya kemungkaran.

IKHLAS KERANA ALLAH

Bismillahirahmanirahim.

Ikhlas bermakna bersih,suci dan kuat.Ia merupakan amalan rohani yang mempunyai hikmah dan keajaiban yang sangat besar.Dengan keikhlasan ,maka akan lahir penguasa yang rendah hati,berlaku adil,bersikap istiqamah dalam berbuat baik,keluarga sakinah dan mithali.Jika perkara ini terjadi,maka masyarakat akan aman damai dan sejahtera.
Ikhlas juga merupakan perkara yang sangat penting dalam ibadah seseorang,kerana ikhlas adalah roh daripada ibadah.INI BERMAKNA SEKIRANYA KETIADAAN IKHLAS DALAM IBADAH IA BAGAIKAN TUBUH YANG TIDAK BERNYAWA.

Demikianlah beberapa hikmah sikap ikhlas.Sikap ini amatlah susah untuk diamalkan,tetapi ia bukan bermakna manusia tidak dapat mencapainya.Oleh itu marilah kita bertekad kuat untuk menjadikan diri kita menjadi orang yang mukhlis,sebab dengan keikhlasan kita akan mendapat kemenangan dalam hidup di dunia fana ini.Bahkan dengan keikhlasan itu pula kita akan mendapat kemuliaan,kekuatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Ayuh kita mulakan dengan senyuman.Insyaallah.

--Wasallam--