10 January 2014

SIFAT YANG MENANGKIS PAHALA


1. Sibuk Mencari Kesalahan Orang Lain
    Al-Quran menjelaskan sikap ini umpama orang yang memakan bangkai daging saudaranya.

2. Keras Hati
    Orang yg keras hati sukar menerima nasihat atau kritikan kerana mereka berasa sombong. Sifat ini menyebabkan mereka susah mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t

3. Mencintai dunia hingga lupa kehidupan akhirat
    Org seperti ini biasanya bersifat tamak, bakhil dn takut mati. Mereka takut harta bendanya musnah atau ditimpa musibah. Mereka juga tidak suka bersedekah, menderma ataupun membantu projek2 amal kebajikan. Sebaliknya mereka irihati melihat org lain mendapat nikmat drp Allah s.w.t

4. Tidak Malu Melakukan Maksiat
    Malu adalah sebahagian daripada Iman. Rasulullah s.a.w menyuruh kita berakhlak mulia dan memiliki sifat malu. Tanpa sifat malu, kita tanpa segan silu melakukan maksiat yg pastinya mendapat laknat daripada Allah taala.

5. Berangan-angan tanpa matlamat yg jelas
    Org seperti ini ingin memenuhi segala keinginannya. mereka berasakan dirinya sudah memiliki kekuatan dan kekuasaan sehingga mereka tidak menyedari segalanya berlaku dgn izin dan ketetapan Allah s.w.t

6. Berterusan melakukan kezaliman
    Tidak mengambil perhatian segala perintah Allah s.w.t adalah zalim pada diri sendiri. Zalim terhadap org lain,menafikan hak orang lain dan mengambil hak orang lain. Firman Allah .." Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yg zalim".. (at-Taubah:19)19

No comments:

Post a Comment