Showing posts with label Sebagai Muslim. Show all posts
Showing posts with label Sebagai Muslim. Show all posts

30 September 2011

Apakah punca penyakit hasad dan dengki?

Apakah punca utama penyakit HASAD DENGKI?

1.Sombong

2.Terlalu cintakan dunia

3.Persaingan yang tidak sihat

Apakah maksud HASAD DENGKI,GHITBAH dan MUNAFASAH?

1.Hasad dengki
Berharap dan berusaha agar sesuatu nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada
seseorang tehapus,luput dan lupus.

2.Ghitbah
Iri hati,berharap nikmat yang dimiliki oleh orang lain turut dimilikinya tanpa berharap atau bercita-cita nikmat tersebut luput daripada orang lain.

3.Munafasah
Bersaing untuk mencapai sesuatu sebagaimana yang telah dicapai oleh orang lain.

Apakah kesannya?

1.Dimurkai Allah di Dunia dan Akhirat

2.Tidak sempurna Iman

3.Menyerupai sifat orang Yahudi

4.Hidup sentiasa dipenuhi kesedihan berpanjangan

5.Mendapat musibah tanpa mendapat pahala

6.Memecah belahkan masyarakat

7.Tertutup pintu hidayah dan taufik

Rasulullah SAW bersabda;
“Jauhi perasaan hasad kerana dia memakan amalan baik seperti api membakar kayu”
(Riwayat Abu Daud)

Salah satu sifat orang yang bertaqwa adalah tidak memiliki sifat hasad dengki.



Sumber:ms

23 September 2011

Mendidik anak memelihara lidahnya

 Asalamualaikum

Memelihara lidah daripada bercakap kotor,mengumpat,memfitnah,mengeji,mencarut,
mencemuh,mengejek dan menghina orang lain hendaklah menjadi ciri-ciri peribadi dan
amalan seorang muslim.Seorang ibu hendaklah mendidik anak-anak memelihara lidah
mereka sejak kecil lagi.Apabila suatu ketikamereka bercakap kotor,mengumpat atau
mengeji orang lain di hadapan anda,hendaklah ditegur dengan bijaksana. 
Untuk itu hendaklah anda sendiri lebih dahulu menjaga lidah,jangan sekali-kali 
mengejek,menghina mengumpat dan mencemuh orang lain di hadapan anak-anak anda.Kerana sikap dan kelakuan anda akan diteladani oleh mereka kelak.

Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Bukanlah seorang mukmin yang sempurna,orang yang suka mencela dan mengutuk orang,
berperangai jahat dan berakhlak hina."
&
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat,maka hendaklah dia mengatakan
kata-kata yang baik atau lebih baik diam sahaja."

Oleh itu ,ajarkanlah akhlak terpuji kepada anak-anak,tanamkan sifat-sifat mulia lain ke
dalam jiwa mereka seperti jujur,amanah,sabar,toleransi,berkeperibadian yang baik dan
berhati mulia.

Mendidik dengan teladan,lebih berkesan daripada kata-kata.

Insyaallah semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah.

Sekian wassalam

7 SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sumber:RMUTPM

27 July 2011

Sabar Menolak Kemungkaran

Assalamualaikum.

Cabaran terbesar kepada umat Islam pada hari ini adalah untuk menolak kemungkaran yang berada di hadapan mata.Semua itu memerlukan kesabaran yang jitu.Hanya orang yang benar-benar beriman kepada Allah sahaja yang mampu bersabar dalam semua keadaan kerana mereka mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku kepada dirinya adalah kehendak Allah.Demikianlah orang yang taat,tidak akan berasa susah untuk mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.Imanlah yang menyebabkan kita mampu bersabar untuk menolak kemungkaran atau tidak.Justeru setiap orang Islam perlu memiliki iman dan sabar pada tahap yang paling tinggi untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa.


Sabarlah dalam bersabar,kerana sabar itu indah dan janji Allah SWTganjaran kepada orang yang bersabar adalah Syurga.


-Wasalam-

26 July 2011

MENGENAI 4 PERKARA

Empat perkara untuk sihat
Makan daging
Memakai haruman
Kerap mandi
Berpakaian yang diperbuat daripada kapas

Empat perkara melemahkan badan
Terlalu banyak mengadakan hubungan kelamin
Selalu cemas
Banyak minum air ketika makan
Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
Duduk menghadap qiblat
Bercelak sebelum tidur
Memandang yang hijau
Berpakaian bersih

Empat perkara yang merosakkan mata
Memandang najis
Melihat orang dibunuh
Melihat kemaluan
Membelakangi qiblat

Empat perkara menajamkan fikiran


Tidak banyak berbual kosong
Rajin bersugi
Bercakap dengan orang salih
Bergaul dengan ulama’

19 July 2011

MARI BERDAKWAH

Hari demi hari, keadaan umat dilihat tidak menampakkan kemajuan dari segi penghayatan agamanya yang mengundang kekhuatiran dan kebimbangan kepada mereka yang sentiasa mengambil berat nasib umat ini.

Gejala-gejala yang entah dari mana datangnya menjadi amalan harian para remaja kita. Budaya hedonisme yang melampau seolah-olah umat ini tidak memikirkan kematian selepas kehidupannya.

Gaya hidup manusia yang mendaulatkan materialistik dan bertuhankan hawa nafsu semata-mata telah mencampak jauh prinsip ketauhidan kepada Tuhan yang satu. Apa yang paling membimbangkan rosaknya akidah umat yang membawa kepada kemurtadan yang merupakan jenayah yang paling besar terhadap agama.

Melihat kepada senarai yang panjang ini, membuatkan kita berfikir sendirian, apakah yang telah terjadi kepada umat ini? Di manakah pegangan agama mereka sehingga mereka terjerumus ke dalam kerosakan yang maha hebat ini dan banyak lagi persoalan-persoalan yang menuntut kita berfikir dan bermuhasabah kembali nasib yang menimpa umat di akhir zaman ini.

Kunci kepada segala permasalahan ini adalah kegagalan semua lapisan umat untuk menghayati ajaran Islam yang sebenar serta kecuaian umat dalam menggalas tugas sebagai daie ilallah penyeru kepada agama Allah.

Kegagalan institusi agama dalam melaksanakan tugasnya serta menyampaikan ajaran Islam yang tulen, kegagalan institusi keluarga dalam mendidik anak-anak dengan acuan Islam.

Kegagalan institusi masyarakat dalam membimbing masyarakat berpandukan ajaran Islam serta kecuaian pihak-pihak yang berwajib menyediakan persekitaran yang membenihkan rasa keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

Maka kegagalan dan kecuaian yang berpunca dari kelesuan dalam menghayati dakwah inilah yang membawa kepada kesan negatif kepada umat keseluruhannya.

Oleh yang demikian setiap entiti masyarakat perlu bangkit dari kelesuan ini. Seterusnya menyusun usaha dalam menghayati dan melaksanakan tugas dakwah berpaksikan kepada kekuatan, kapasiti dan dimensi kemampuan masing-masing.

Apa yang penting, setiap muslim walau apa kedudukan dan gelarannya menjadikan dakwah sebagai agenda hidupnya yang paling penting.

JUSTERU…

Tanggungjawab mempersembahkan ajaran Islam dalam apa jua bentuk dan memperkenalkan Islam dengan wajahnya yang tulen kepada manusia sejagat adalah tugas hakiki yang harus dilaksanakan dengan penuh kesungguhan oleh seluruh umat Islam.

Jika kita membuka dan menyorot isi kandungan al-Quran, terdapat banyak sekali nas yang menyentuh persoalan dakwah serta tanggungjawab umat Islam dalam menjayakannya.

Antaranya firman Allah yang mafhumnya, Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Ali-Imran: 104)

Daripada ayat ini, amat jelas kepada kita satu perintah Allah supaya umat Islam membentuk diri mereka dan menjadi umat atau kelompok manusia yang sentiasa menyeru kepada kebaikan iaitu Islam, menyuruh melakukan yang makruf dan mencegah dari berlakunya kemungkaran.