Assalamualaikum uktea
Isteri yang derhaka kepada suami adalah bererti menderhaka kepada Allah.Antara lain bentuk penderhakaan kepada suami itu adalah mendedahkan aurat dan tidak bersyukur kepada suami.Nabi SAW bersabda yang bermaksud:"Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan,bila engkau perintah dia taat,bila engkau tiada,dia menjaga hartamu dan menjaga kehormatan dirinya."
Wanita Islam yang benar dan berilmu tahu akan hak suami ke atasnya dan rela berkhidmat di mana-mana kerana ketaatan adalah satu penyebab bagi wanita ke Jannah sebagaiman sabda Baginda Nabi SAW:''Apabila wanita itu telah melakukan solat lima waktu,puasa pada bulan Ramadhan,taat kepada suaminya,menjaga kemaluannnya,akan dikatakan kepadanya..Masuklah kamu ke dalam syurga daripada mana-mana pintu yang kamu sukai."
Muslimah yang sejati dan bijak sentiasa mahu mencari keredhaan Allah dengan taat kepada suaminya dalam perkara yang bukan maksiat,menunaikan kewajipan ,berbakti untuk suaminya dan sentiasa berusaha untuk menggembirakan suaminya.Dia akan redha dengan kesusahan atau kesempitan hidupnya dan mensyukuri nikmat lain yang Allah telah berikan kepadanya.
Sebagaimana Allah sayang akan wanita yang solehah,Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita ,lebih lagi wanita yang derhaka kepada kepada suami .Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebencian Allah supaya kita terhindar dari kemurkaan Allah.
No comments:
Post a Comment