Bismillahirahmanirahim.
Ikhlas bermakna bersih,suci dan kuat.Ia merupakan amalan rohani yang mempunyai hikmah dan keajaiban yang sangat besar.Dengan keikhlasan ,maka akan lahir penguasa yang rendah hati,berlaku adil,bersikap istiqamah dalam berbuat baik,keluarga sakinah dan mithali.Jika perkara ini terjadi,maka masyarakat akan aman damai dan sejahtera.
Ikhlas juga merupakan perkara yang sangat penting dalam ibadah seseorang,kerana ikhlas adalah roh daripada ibadah.INI BERMAKNA SEKIRANYA KETIADAAN IKHLAS DALAM IBADAH IA BAGAIKAN TUBUH YANG TIDAK BERNYAWA.
Demikianlah beberapa hikmah sikap ikhlas.Sikap ini amatlah susah untuk diamalkan,tetapi ia bukan bermakna manusia tidak dapat mencapainya.Oleh itu marilah kita bertekad kuat untuk menjadikan diri kita menjadi orang yang mukhlis,sebab dengan keikhlasan kita akan mendapat kemenangan dalam hidup di dunia fana ini.Bahkan dengan keikhlasan itu pula kita akan mendapat kemuliaan,kekuatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Ayuh kita mulakan dengan senyuman.Insyaallah.
--Wasallam--
No comments:
Post a Comment