05 August 2011

Selamat Menyambut Bulan Puasa

Assalamualaikum..

Alhamdullillah kerana pada hari ini telah empat hari umat Islam di tanahair tercinta menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Nabi SAW telah memerintahkan kepada kita agar memperbanyakkan menyebut empat perkara.Perkara tersebut adalah menyebut Kalimah Toyyibah,Istighfar,doa meminta syurga dan doa memohon perlindungan dari neraka.Justeru eloklah kita menghabiskan sebanyak mungkin masa lapang  dengan melakukan perkara diatas supaya tidak diisi dengan perkara yang sia-sia seperti mengumpat, menfitnah dan menonton tv yang programnya tidak mendatangkan apa-apa manafaat buat kita.

Kepada para ibu berhati-hatilah dengan kata-kata anda kepada anak-anak dek kerana marah,kerana sesungguhnya kata-kata yang baik atau kurang baik daripada seseorang ibu itu adalah doa yang mustajab.Oleh itu banyakkan lah berdoa lebih-lebih lagi ketika waktu hampir berbuka dan ketika waktu sahur.

Namun demikian pada waktu hampir berbuka puasa,kita semua begitu sibuk dengan  makanan dan juadah sehingga tidak ada masa untuk berdoa,malah doa berbuka puasa pun terlupa untuk dibaca.Antara doa berbuka yang selalu dibaca:-

'''Ya Allah!Hanya keranaMu aku berpuasa dan kepadaMulah aku beriman dan kepadaMulah aku berserah dan dengan rezekiMulah aku berbuka.''

''Ya Allah!Sesungguhnya aku memohon dengan rahmatMu yang luas meliputi segala sesuatu supaya Engkau mengampuni daku.''

Marilah sama-samal kita rebut peluang yang telah Allah sediakan untuk kita pada bulan mulia ini.Perbanyakkan sedekah hatta senyuman kepada anak-anak dan suami ,menggembirakan hati orang tua kita,memberi atau menyediakan makanan kepada orang yang berpuasa,membaca Al Quran,bertarawih dan melakukan ibadah sunat yang lain kerana ganjaran pahala nya berbeza dari bulan biasa.

-Wassalam-